Friday, September 3, 2010

MENGENAI BUKAN MUSLIM MASUK MESJID....

MENGENAI BUKAN MUSLIM MASUK MESJID / SURAU

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Thursday, September 2, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Saturday, July 10, 2010

Thursday, June 17, 2010

Tuesday, June 15, 2010

SUARA Al-Sambas #35 - Jun 2010





KLIK GAMBAR UNTUK MEMPERBESARKANNYA

Monday, June 7, 2010

W.MOKHTAR AL-SAMBAS & ISTERI BERSILATURRAHMI DI BRUNEI








BANDAR SERI BEGAWAN, 12 November 2006 - W.Mokhtar Bin Awg Ramlee Al-Sambas serta isterinya menjejak kaki mereka buat pertamakali dalam hidup mereka di bumi bertuah Brunei Darussalam pada hri ini. Beberapa kaum-kerabat mereka sedia menunggu di Lapangan Terbang BSB dan mereka dibawa Pgn Zahrah Binti Pgn Zainal Al-Konsmad serta suami beliau Pgn Johari Daud ke rumah mereka di Kampung Mulaut dekat sini (hanya 20 minit dari bandara).

Saturday, June 5, 2010

W.MOKHTAR AL-SAMBAS ZIARAH PUSARA KONSMAD DI BRUNEI.




KOTA BATU, BANDAR SERI BEGAWAN - Nov.2006. Wan Mokhtar Bin Awg Ramlee Al-Sambas bersama-sama isteri hari ini berada di sini kerana menziarahi pusara leluhurnya Konsul Muhammad Bin Mohd Kassim 1819-1890. Ziarahan tersebut menjadi kenyataan bilamana sepupu-sepupu beliau (Pgn.Zahrah Pgn Zainal Al-Konsmad serta suaminya Pgn.Johari Daud DAN Awang Damit Osman Al-Konsmad) dengan besarhati ikutserta sebagai penunjuk arah dalam missi W.Mokhtar Al-Sambas ini.

Foto-foto dari atas:- W.Mokhtar di pintu masuk kawasan pusara, 2.Bersama-sama kaum-kerabat membaca Yaasin di pusara Al-Konsmad, 4. Rumah Konsul Muhammad di lihat dari tengah-tengah Sungai Brunei dan 3. Lokasi Rumah Konsmad kini menjadi Balai Bomba Sungai, dilihat dari daratan Kota Batu.

UNTUK BESARKAN FOTO SILA KLIK IMEJ

BONDA T.FATIMAH SERTA ANAK-MENANTU BERHARI-RAYA, 1972


KULIM - 1972 'Aidilfitri. Wan Mokhtar Bin Awg Ramlee Al-Sambas yang baru sahaja mendirikan rumah-tangga dlm tahun 1970 pada 'Aidilfitri ini dikunjungi bonda dan sanak-saudaranya di kediamannya di sini.

Gambar yang menunjukkan Bonda Tengku Fatimah Yahya bersama-sama anak-menantu serta cucu-cucunya (W.Ahmad Afandi Bin W.Mokhtar masih amat kecil dan perlu digendong dlm foto ini). Dalam gambar ini juga kelihatan W.Azmi Al-Sambas serta isteri dan anak-anaknya, M.Yunus Hashim (menantu T.Fatimah serta isteri dan anak-anak beliau) dan Rohani Che Embi (isteri W.Mokhtar Al-Sambas). Juga kelihatan W.Iskandar Al-Sambas dan W.Shariman Abdullah Al-Sambas di situ. W.Mokhtar Al-Sambas tidak kelihatan kerana berada di belakang kamera.

UNTUK MEMPERBESARKAN FOTO SILA KLIK IMEJ.

AWG RAMLEE BIN HJ ABD RAHMAN MUNIR AL-SAMBAS DI BRUNEI


KUALA BELAIT, BRUNEI - 1955, Jembatan kekerabatan antara kita di semenanjung dgn sanak-saudara di Brunei terbina semula dengan pertemuan tiga sepupu bersaudara pada April 1954 di Padang Serai, Kedah.
Mengambil kesempatan yang wujud dan sebagai balasan budi kepada dua saudara sepupu Awg.Ramlee Al-Sambas yakni Pgn Zainal Al-Konsmad dan Awg.Osman Al-Konsmad maka Awg Ramlee Al-Sambas membawa anak-saudaranya Tengku Yahaya T.Ismail (anaknda kpd Dyg Fatimah, cucu Konsul Muhammad)pula untuk menziarah kaum-kerabat di sana.

Foto ini menunjukkan Awang Osman bin Incik Ali Al-Konsmad bersama-sama keluarganya dengan sepupunya Awg.Ramlee bergamgar ramai di depan rumahnya. (Juga dlm gambar kelihatan T.Yahaya Ismail, T.Hamid Ismail, Wan Abdullah Awg Ramlee, Awg Yussuf Awg Osman dan Awg Damit Awg Osman dan lain-lain lagi).

UNTUK MEMBESARKAN GAMBAR SILA KLIK IMEJ

Friday, June 4, 2010

Haji Noordin Al-Sambas di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 2004 - Bagi menunaikan hajat ayahandanya (agar hubungan silaturrahmi antara keturunan Al-Konsmad dan Al-Sambas tidak putus), Haji Noordin Al-Sambas, berbekal beberapa keping foto lama dengan dibantu beberapa puteri dan menantunya terbang ke negara Brunei. Missi mereka hanya satu, yakni mencari dan mengenali keturunan Konsul Muhammad bin Mohd Kassim (1819-1890). Usaha murni mereka itu tidaklah sia-sia kerana mereka berjaya menjumpai kaum-kerabat kita di sana khususnya Haji Awang Masri serta familinya DAN Pengeran Zauyah Binti Pgn. Zainal dengan keluarga besarnya.

Gambar yang dirakamkan di rumah Pgn Hjh Zauyah Pgn Zainal ini menunjukkan begitu ramai kaum-kerabat yg dapat dikumpulkan utk berjumpa dan berkenalan dgn Haji Noordin Al-Sambas dan anak-anak menantu beliau.

UTK MEMBESARKAN GAMBAR SILA KLIK IMEJ.

Haji Noordin Al-Sambas di Alor Setar, Kedah


ALOR SETAR - 2005. Haji Noordin Bin Hj Abd Rahman Munir Al-Sambas telah membawa anak-anak, menantu serta beberapa cucunya menziarahi Wan Mokhtar bin Awg Ramlee Al-Sambas (Anak-saudaranya yg tidak beliau ketemui sejak lebih 25 tahun). Dalam pertemuan tersebut, Wan Mokhtar Al-Sambas serta isteri begitu terharu sekali mengenangkan betapa susahpayahnya Hj Noordin berusaha untuk merapatkan/memperkenalkan anak-anak, menantu serta cucu-cucunya. Pada hari tersebutlah Wan Mokhtar Al-Sambas dan isteri bertemu buat pertamakali dengan Hj.Noordin semenjak lebih 25 tahun dan jua pertamakali seumurhidup dengan anak-anak, cucu serta menantu beliau.

KLIK FOTO UNTUK MEMPERBESARKANNYA.

Thursday, June 3, 2010

TENGKU FATIMAH YAHYA Berpindah ke rumah yg dibelinya .......

KULIM, Januari 1970 - Tengku Fatimah Yahya (isteri kpd Awg Ramlee Bin Hj Abd Rahman Munir Al-Sambas)berpindah ke rumah murah yg dibelinya yg terletak di Kpg. Darul Aman, Kulim dari rumah sewa di 594 Bukit Awi, Kulim pada akhir tahun 1969 lalu.

Gambar menunjukkan anak-anak serta cucu-cucu beliau, yg menjadi penghibur semasa hidup beliau keseorangan setelah wafat suami beliau Awg. Ramlee Al-Sambas pada tahun 1963. Alsambas,

FOTO: Barisan belakang dari kiri; W.Mokhtar Awg Ramlee Alsambas, W.Hasnah Alsambas, Bonda Tengku Fatimah Yahya, W.Iskandar Alsambas, W.Pengeran Awg Ramly Alsambas & W.Ahmad Alsambas.

Barisan depan dari kiri: W.Shaharza Awg Ramlee Alsambas, W.Maheran Osman Alsambas & W.Zaini A.Ramlee Alsambas,

KLIK FOTO UTK MEMPERBESARKANNYA

Dayang Fatimah Ayub (Anaknda Dyg Zaleha Konsmad) di Kuala Beliat, Brunei.


KUALA BELAIT, Brunei Darussalam - Sekitar 1970an. Dayang Fatimah Binti Ayub, yakni anaknda Dayang Zaleha Binti Konsul Muhammad telah tertunai hajat beliau untuk meziarahi kampung halaman sepupu beliau Awg. Osman Bin Incik Ali di Brunei bilamana Tengku Hamid (Anaknda Dyg.Fatimah) telah membawa beliau ke sana. Foto menunjukkan Dyg Fatimah bergambar kenang-kenangan dengan keluarga Awang Osman Al-Konsmad di kediaman Awg. Osman di bandar Kuala Belait.

UNTUK PERBESARKAN FOTO SILA KLIK PADA IMEJ

Tuesday, June 1, 2010

Pencarian Yang Berakhir di Padang Serai, Kedah - 1954



Foto ini terakam pada 18 April 1954. Ayah-saudara saya Awang Osman Bin Incik Ali Bin Konsul Muhammad telah mencatatkan tarikh tepat foto terakam dan sekelian nama-nama yg terdapat pada foto ini.

Foto ini adalah saksi kpd kemuncak pencarian dua saudara sepupu yakni Awg.Osman dan Pengeran Zainol Bin Pgn.Piut Bin Konsul Muhammad (juga ayahnda-saudara saya)dari Brunei. Keberhasilan mereka menjejakki ayahnda saya (yakni sepupu mereka)dengan segala susahpayah adalah suatu rahmat besar buat kami. Dengan pertemuan antara saudara-saudara sepupu cucunda Konsul Muhammad Bin Mohd. Kassim ini maka terhubunglah kembali tali kekerabatan antara kita. Syukur alhamdulillah!

KLIK FOTO UNTUK MEMPERBESARKANNYA.
Klik "Comments" utk beri komentar.

Sunday, May 30, 2010

Susur Galur Leluhur & Keturunan Wan Mokhtar Al-Sambas


UNTUK MEMPERBESARKAN SILA KLIK IMEJ

SUARA Al-Sambas #34, Mei 2010



SILA KLIK IMEJ UTK MEMPERBESARKAN.

SUARA Al-Sambas #33 - Mac 2010


Saturday, May 29, 2010

Hjh Fauziah Binti Hj Noordin Al-Sambas meraikan sepupu-sepupu....





SHAH ALAM, Selangor - 25 May 2010; Suatu majlis makan malam kecil diadakan Hjh Fauziah Noordin Al-Sambas di kediaman beliau di Sri Mahligai, Jln Tengku Ampuan Rahimah 9/20 di sini malam ini.

Hadir di majlis tersebut adalah sepupu-sepupunya S.M.Leed bin Osman Al-Sambas bersama menantunya, Latiff Saruji Al-Sambas bersama isteri dan anak-anaknya dan saya sendiri bersama isteri dan anak perempuan saya W.Hajar Haslinda.

Hidangan Hjh Fauziah memang cukup berselera sekali terutamanya masakan spaghetti balognese yg beliau sendiri sediakan untuk menjamu para hadirin.

Tengku Rahena Ismail, cucunda Dyg.Zaleha Binti Konsul Muhammad, raikan tetamu dari Brunei.









Shah Alam - 23 Mei 2010; Para kaumkerabat kita dari negara Brunei Darussalam pada malam ini diraikan Tengku Rahena Ismail dan Kapten Nazzir (suami beliau) dengan jamuan makan malam. Beliau begitu ceria sekali menyambut kedatangan kaumkerabat dari Brunei, ke rumahnya. Turut berada pada jamuan tersebut ialah Bendahari Tabung Aktiviti Pertemuan Al-Sambas - TAPAS Hjh Fauziah Noordin Al-Sambas dan saya sendiri bersama keluarga. Di atas ini adalah beberapa foto yg sempat saya rakamkan:-

Friday, May 28, 2010

PERTEMUAN BESAR 2, 22 MEI 2010 DI SHAH ALAM, SELANGOR
























UNTUK MEMPERBESARKAN FOTO SILA KLIK FOTO BERKENAAN