Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Sunday, October 16, 2011
KEAGUNGAN ZHENG HE (CHENG HO)
Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.
Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.
Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.
Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.
Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Perbandingan armada Zheng He dan Colombus
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.
Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.
Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.
Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia
Labels:
Sejarah
Tuesday, June 1, 2010
Pencarian Yang Berakhir di Padang Serai, Kedah - 1954
Foto ini terakam pada 18 April 1954. Ayah-saudara saya Awang Osman Bin Incik Ali Bin Konsul Muhammad telah mencatatkan tarikh tepat foto terakam dan sekelian nama-nama yg terdapat pada foto ini.
Foto ini adalah saksi kpd kemuncak pencarian dua saudara sepupu yakni Awg.Osman dan Pengeran Zainol Bin Pgn.Piut Bin Konsul Muhammad (juga ayahnda-saudara saya)dari Brunei. Keberhasilan mereka menjejakki ayahnda saya (yakni sepupu mereka)dengan segala susahpayah adalah suatu rahmat besar buat kami. Dengan pertemuan antara saudara-saudara sepupu cucunda Konsul Muhammad Bin Mohd. Kassim ini maka terhubunglah kembali tali kekerabatan antara kita. Syukur alhamdulillah!
KLIK FOTO UNTUK MEMPERBESARKANNYA.
Klik "Comments" utk beri komentar.
Labels:
Sejarah
Thursday, May 27, 2010
CARTA SUSUR GALUR AL-SAMBAS & AL-KONSMAD
Labels:
Sejarah
HJ ABD RAHMAN MUNIR AL-SAMBAS - Sebuah pencarian berakhir di Pdg.Serai, Kedah sekitar 1953





Haji Abd Rahman Munir Al-Sambas bagi saya seorang yang tidak pernah lupa kepada anak-cucunya walaupun di mana dia berada. Hatta di sekitar tahun 1953 atau lebih awal dari itu beliau yang keluar mengembara dari kampung halamannya di Bagan Datuk (Parit 6) sambil memikul di atas bahunya bahan jajaannya yakni tudung saji, maka sampailah ia ke pekan kecil di selatan negeri Kedah yakni Padang Serai.
Amatlah hairan sekali tentang bagaimana Hj Abd Rahman Munir dapat mencari putra tunggalnya (dgn isterinya Dyg Zaleha binti Konsul Muhammad), Awg.Ramlee di Padang Serai.
Saya (Wan Mokhtar bin Awg. Ramlee Al-Sambas) masih ingat dengan jelas betapa setelah hujan lebat reda, seseorang memberi salam di depan rumah. Ayah saya yg menjawab salam yg diberikan lalu mendengar kata-kata insan yg muncul didepan rumah kami; Saya sedang mencari anak saya dan orang-orang di pekan sana memberitahu anak saya itu tinggal di sini. Nama anak saya itu Awang Ramlee. Begitu mendengar kata-kata itu ayah saya meluru turun dari rumah dan memeluk ayahnya lalu berkata; bertemu jua akhirnya kita ya ayah!
Saya masih ingat peristiwa yg mengembirakan dua insan itu. Ketika itu saya berusia 10 tahun, ayah saya lebihkurang 42 tahun dan datuk saya 70 tahun.
FOTO (dari atas): 1 - Hj Abd Rahman Munir Al-Sambas - 1880-1956; 2 - A.Fauzi Ali Munir - 1897-1962, putra sulung Hj.Abd Rahman Munir Al-Sambas dgn isteri pertama beliau di Kota Sambas; 3 - Awang Ramlee 1909-1963, putra tunggal Hj Abd Rahman Munir dgn isteri ke duanya Dyg. Zaleha binti Konsul Muhammad, Kota Batu, Brunei; 4 - Keluarga Awg Ramlee Al-Sambas, 1941; DAN 5 - Keluarga Haji Abd Rahman Munir Al-Sambas sekitar awal 1950an.
Labels:
Sejarah
Wednesday, May 26, 2010
Wan Mokhtar Bin Awg.Ramlee Bin Hj Abd Rahman Munir Al-Sambas

Kenalkan: Saya Wan Mokhtar Bin Awg.Ramlee Bin Hj.Abdul Rahman Munir Bin Mohd Yassin Al-Sambas. Tujuan saya membangunkan Blogspot ini adalah semata-mata untuk menikmati bersama dengan kalian yang ada hubungan kekerabatan (maupun yg berminat dgn sejarah keturunan kami)dengan saya perkembangan serta aktiviti keturunan Haji Abd Rahman Munir Al-sambas. Saya juga ingin menikmati bersama kalian sejarah keturunan kita DAN riwayat hidup datuk saya Haji Abd Rahman Munir Al-Sambas. Foto wajah saya ini terakam pada tahun 2006.
Abdul Rahman Munir Bin Mohd Yassin Al-Sambas dalam usia lewat 20an (mungkin 28tahun} telah keluar dari Kota Sambas, di propinsi Sambas, Kalimantan Barat, Republik Indoneisa untuk mengembara sambil berniaga kecil-kecilan. Beliau juga seorang yang handal bermain alat musik khususnya gambus. Dalam bidang keagamaan beliau juga seorang yg alim. Pengembaraannya membawa beliau ke Brunei. Di Brunei (kini, Brunei Darussalam)beliau bertemu jodoh dengan Dayang Zaleha Binti Konsul Muhammad Bin Mohd.Kassim, pada tahun 1909 lahirlah Awang Ramlee putera mereka. Malangnya jodoh mereka tidak berpanjangan kerana mereka bercerai selepas Awang Ramlee Al-Sambas dilahirkan.
Labels:
Sejarah
Subscribe to:
Comments (Atom)




