Wednesday, May 26, 2010

Wan Mokhtar Bin Awg.Ramlee Bin Hj Abd Rahman Munir Al-Sambas





Kenalkan: Saya Wan Mokhtar Bin Awg.Ramlee Bin Hj.Abdul Rahman Munir Bin Mohd Yassin Al-Sambas. Tujuan saya membangunkan Blogspot ini adalah semata-mata untuk menikmati bersama dengan kalian yang ada hubungan kekerabatan (maupun yg berminat dgn sejarah keturunan kami)dengan saya perkembangan serta aktiviti keturunan Haji Abd Rahman Munir Al-sambas. Saya juga ingin menikmati bersama kalian sejarah keturunan kita DAN riwayat hidup datuk saya Haji Abd Rahman Munir Al-Sambas. Foto wajah saya ini terakam pada tahun 2006.

Abdul Rahman Munir Bin Mohd Yassin Al-Sambas dalam usia lewat 20an (mungkin 28tahun} telah keluar dari Kota Sambas, di propinsi Sambas, Kalimantan Barat, Republik Indoneisa untuk mengembara sambil berniaga kecil-kecilan. Beliau juga seorang yang handal bermain alat musik khususnya gambus. Dalam bidang keagamaan beliau juga seorang yg alim. Pengembaraannya membawa beliau ke Brunei. Di Brunei (kini, Brunei Darussalam)beliau bertemu jodoh dengan Dayang Zaleha Binti Konsul Muhammad Bin Mohd.Kassim, pada tahun 1909 lahirlah Awang Ramlee putera mereka. Malangnya jodoh mereka tidak berpanjangan kerana mereka bercerai selepas Awang Ramlee Al-Sambas dilahirkan.

No comments:

Post a Comment