Wednesday, July 21, 2010

Saturday, July 10, 2010

Thursday, June 17, 2010

Tuesday, June 15, 2010

SUARA Al-Sambas #35 - Jun 2010





KLIK GAMBAR UNTUK MEMPERBESARKANNYA

Monday, June 7, 2010

W.MOKHTAR AL-SAMBAS & ISTERI BERSILATURRAHMI DI BRUNEI








BANDAR SERI BEGAWAN, 12 November 2006 - W.Mokhtar Bin Awg Ramlee Al-Sambas serta isterinya menjejak kaki mereka buat pertamakali dalam hidup mereka di bumi bertuah Brunei Darussalam pada hri ini. Beberapa kaum-kerabat mereka sedia menunggu di Lapangan Terbang BSB dan mereka dibawa Pgn Zahrah Binti Pgn Zainal Al-Konsmad serta suami beliau Pgn Johari Daud ke rumah mereka di Kampung Mulaut dekat sini (hanya 20 minit dari bandara).

Saturday, June 5, 2010

W.MOKHTAR AL-SAMBAS ZIARAH PUSARA KONSMAD DI BRUNEI.




KOTA BATU, BANDAR SERI BEGAWAN - Nov.2006. Wan Mokhtar Bin Awg Ramlee Al-Sambas bersama-sama isteri hari ini berada di sini kerana menziarahi pusara leluhurnya Konsul Muhammad Bin Mohd Kassim 1819-1890. Ziarahan tersebut menjadi kenyataan bilamana sepupu-sepupu beliau (Pgn.Zahrah Pgn Zainal Al-Konsmad serta suaminya Pgn.Johari Daud DAN Awang Damit Osman Al-Konsmad) dengan besarhati ikutserta sebagai penunjuk arah dalam missi W.Mokhtar Al-Sambas ini.

Foto-foto dari atas:- W.Mokhtar di pintu masuk kawasan pusara, 2.Bersama-sama kaum-kerabat membaca Yaasin di pusara Al-Konsmad, 4. Rumah Konsul Muhammad di lihat dari tengah-tengah Sungai Brunei dan 3. Lokasi Rumah Konsmad kini menjadi Balai Bomba Sungai, dilihat dari daratan Kota Batu.

UNTUK BESARKAN FOTO SILA KLIK IMEJ

BONDA T.FATIMAH SERTA ANAK-MENANTU BERHARI-RAYA, 1972


KULIM - 1972 'Aidilfitri. Wan Mokhtar Bin Awg Ramlee Al-Sambas yang baru sahaja mendirikan rumah-tangga dlm tahun 1970 pada 'Aidilfitri ini dikunjungi bonda dan sanak-saudaranya di kediamannya di sini.

Gambar yang menunjukkan Bonda Tengku Fatimah Yahya bersama-sama anak-menantu serta cucu-cucunya (W.Ahmad Afandi Bin W.Mokhtar masih amat kecil dan perlu digendong dlm foto ini). Dalam gambar ini juga kelihatan W.Azmi Al-Sambas serta isteri dan anak-anaknya, M.Yunus Hashim (menantu T.Fatimah serta isteri dan anak-anak beliau) dan Rohani Che Embi (isteri W.Mokhtar Al-Sambas). Juga kelihatan W.Iskandar Al-Sambas dan W.Shariman Abdullah Al-Sambas di situ. W.Mokhtar Al-Sambas tidak kelihatan kerana berada di belakang kamera.

UNTUK MEMPERBESARKAN FOTO SILA KLIK IMEJ.